Wednesday, September 3, 2008

mengharungi kehidupan baru

Pesanan Penulis : Lame tunggu uddate i ke guys? hahaha! sepanjang i tak update ni, i mmg xde tulis kat mane² blog atau forum lain. mmg serious ar i bz. sejak keje luar ni :p xde mase dah nak stim basah² depan pc ok!

Yasmeen, 3 September 2008.

Hari ni adalah hari pembebasan aku. Proses penceraian kami dah selesai. Mungkin aku akan balik Kuantan atau cari rumah lain. Pampasan aku cukup untuk memulakan bisnes kecilkecilan tapi aku rasa belum bersedia nak mulakan bisnes. Aku fikirkan Laura yang dah nak masuk 11 bulan. laura makin membesar tapi kehidupannya tak seperti orang lain. Tak seperti anak-anak lain yang membesar dengan kasih sayang ayah dan ibu.

Macam-macam yang aku dah lalui selama beberapa bulan ni. Dan sebab-sebab aku bercerai ni pun adalah kerana hubungan serious antara Saiful dan Tiara. Tiara semakin intim dengan Saiful. Aku dah rasa macam orang bodoh kat rumah tu. Rumah tu dah jadi rumah no.2 Tiara. Malah aku yang macam menumpang kat rumah tu. Tiara mula abaikan rumahtangganya. Dia sentiasa bersama Saiful tak kire mase. Tak kire hal keje atau hal diluar keje.

Sedang aku sibuk-sibuk nak balik rumah mak aku, nak cari rumah lain, Saifull dan Tiara dah mula angkat bungkus barang-barang diorang tak tau nak pegi mana. Yang menyakitkan hati lai bila Saiful cakap dia akan tinggalkan rumah ni sebab nak mulakan hidup baru dengan Tiara. Tiara tak nak ada sisa-sisa kenangan dan ingatan terhadap aku lagi. Sepatutnya aku yang cakap mcm tu.

Memang aku nak padamkan semua ingatan pada sejarah hitam dalam hidup aku. Aku akan besarkan Laura sendiri. Selama ni pun aku sendiri yang besarkan Laura. Saiful tak pernah peduli. Mungkin sebab Laura bukan anak dia. Aku ok. Aku masih mampu harungi semua ni. Buat mase ni aku nak berehat kat kampung. Aku tak nak fikir apa-apa.