Shima excited betul bila aku beritahu aku akan kahwin. Dia pulak yang terlebih happy.
“owkk owww… i kena pindah ke?” Shima tiba-tiba terdiam.
“tak. U boleh duduk sini lagi. I rase maybe i duduk rumah dia kot”
aku jawab dengan yakin walaupun aku sendiri tak pasti perancangan
seterusnya sebab aku dan En.Saiful tak pernah bincang lagi hal ni.
“so, u sewakan kat i la ye…” Shima senyum.
“hmm… u jangan open sangat bawak boyfriend ye, nanti kena tangkap susah” aku saje takutkan dia :p
“don’t worry laa… i pun jarang ade kat rumah” Shima senyum lagi. Aku rasa inilah kali pertama aku borak lama sikit dengan Shima.
Kira-kira 10 hari lagi aku akan jadi isteri Saiful. Mood aku tak
menentu sejak akhir-akhir ni. Aku tak minat nak bincangkan soal kahwin
sedangkan Saiful risau sangat tentang macam-macam perkara. Dengan Faizal
pun aku dah jarang bercakap lelebih-lebih lagi sejak dia usik aku “yelah… orang dah nak jadi bini bos, mesti la sombong kannn….” hanya
kerana kata-kata gurauan macam tu aku tengking Faizal dan terus tak
cakap dengan dia. Kesian dia. Nak buat macam mana, tiba-tiba aku rasa
hangin satu badan bila dia cakap mcm tu kat aku :p Sori la Faizal :p
Aku dah rasa nak muntah2 tapi tak muntah. Sakit perut aku senak rasa
angin tolak kat perut, nak muntah tapi takde ape nak keluar. Nak makan
pun takut sebab lepas makan aku akan muntahkan balik apa yang aku makan
tak sampai 5 minit. Aku rasa malas nak bangun pagi. Pagi je aku rase
bangang. Bangun dalam keadaan pening, gosok gigi terus nak muntah tapi
tak muntah. Bau body shower kegemaran aku pun aku tak suke. Ape ni????
Huwaaa….