Aku call mak bagitau yang aku nak kahwin. Mak memang terkejut. Banyak
yang mak tanya. Mungkin dia hairan sebab aku tak pernah cakap dan mak
tak pernah tau yang mak yang aku ada teman lelaki. Mak pertikaikan
tentang pelajaran aku. Tapi tu bukan masalahnya. Aku rasa takde bantahan
dari mak. Mak kata dia akan bincang dengan abang dan akak aku.
Hari ni aku menyatakan persetujuan aku pada bos. Bos angguk je. Aku
tak ada pilihan lain. Perut aku akan membesar. Aku takut. Bos bagi aku
syarat. Dia tak nak aku bebas bergaul dengan lelaki lain lagi sebab dia
mesti jaga nama baik dia. Dia tak nak orang nampak aku dengan lelaki
lain. Malam nanti bos akan bawak aku kerumah keluarga dia kat Bukit
Antarabangsa. Aku pernah jumpa Tuan ***** masa mula-mula keje dulu.
Bapak En.Saiful tak nampak garang sangat. Dia gatal sikit. Tapi mak
En.Saiful aku tak pernah jumpa lagi. Malam ni aku akan jumpa keluarga
bakal suami aku. Aku bertambah takut.
“awal bulan depan? Kenapa cepat sangat?” Puan Sharifah tiba-tiba letakkan sudu dipinggan dan pandang En.Saiful dan aku silih berganti.
“mama jangan ingat kami dah terlanjur pulak eh? Mak Yasmeen ni
dah bising kitorang kehulu kehilir berdua, ikut Epul ke UK la, Indonesia
la, Singapore… mak dia risau” En.Saiful bercerita panjang.
“yelah kau tu usung anak dara orang jauh-jauh. Si Faizal tu kana de, yang pompuan jugak yg kau nak bawak” Puan Sharifah membebel.
“dah girlfriend Epul, mestilah nak bawak hehehe…” En.Saiful senyum-senyum kambing. Aku pun senyum-senyum berlakon tersipu malu.
“tak nak tunggu habis belajar dulu ke Yasmeen? Bila habis?” Puan Sharifah tanya aku.
“Errr… Februari depan puan…” tu je yang aku jawab.
“Eh, jangan la panggil Puan pulak. Panggil Auntie sudah la” aku tersipu malu lagi.
“ala Mama ni, habis belajar ke tak habis ke, dia kan keje ngan Epul” En.Saiful terus mengunyah nasi dengan penuh selera.
Malam tu aku tak tau ape yang aku dah buat. Aku rase cam tak caye
keje gile ni. Aku nak kahwin? Dengan bos aku pulak tu. Tak pernah aku
berangan semua ni. Sekarang aku ketakutan sebab En.Saiful ingat aku
mengandung 2 minggu. Sedangkan aku sebenarnya dah mengandung sebulan.
Macam-macam yang aku fikir. Maklumlah orang kalau menipu kan memang jiwa
tak tenteram. Dengan mood aku yang turun naik ni, kejap rasa nak
kahwin, kejap rasa tak nak, kejap rasa nak gugurkan je budak dalam perut
ni.
Masa En.Saiful hantar aku balik, awek dia call dia, dia masih berbual
macam biasa dengan awek dia. Bersayang-sayang, bermanja-manja. Aku cuma
diam je. Aku tak rasa cemburu. Tak pulak rasa marah. Tapi rasa macam
aku tengah berlakon filem. Bakal suami aku bermanja-manja dengan
perempuan lain depan aku.
“kenapa diam? Pasal Kamalia ke? Nanti I akan terus terang kat dia, u jangan risau apa-apa” En.Saiful bersuara memecah kesuanyian.
“eh, I tak kisah bos, lepas kahwin, kalau u nak terus dengan dia pun I tak kisah” aku bersuara dengan penuh yakin.
“u jangan nak merepeklah. Nanti I cakaplah dengan dia. U bagi I masa sikit je”
En.Saiful memandang aku. Aku terus diam. Seseungguhnya aku ikhlas tidak
meletakkan apa-apa syarat pada En.Saiful sebab aku tau dia takde hati
kat aku. Walaupun dia gatal tapi tak mungkin dia boleh cintakan aku dan
senang-senang nak terima aku sebagai isteri kalau bukan kerana dia rasa
bersalah pasal kes Amman tu.