Usia kandungan ini sudah hampir sebulan. Aku tak boleh tunggu lama lagi.
“kalau ko nak gugurkan, gugurkan dari awal, tapi ko fikirlah masak-masak” Zamri memandang aku penuh simpati.
Bukan simpati yang aku sekarang ni. Aku perlukan idea. Aku perlukan jalan penyelesaian segera.
Tentang rancangan jahat aku dengan Faizal, aku masih memikirkan sama
ada idea itu relevan dan selamat atau tidak. Aku sangat takut sekarang
ni. Apatah lagi hormon aku berubah dan emosi aku seringkali terganggu.
Aku sangat takut. Aku tak pernah merasakan ketakutan seteruk ini. Setiap
hari aku rasa nak nangis bila fikirkan semua ni.
Aku kepejabatan seperti biasa. En.Saiful masih tertanya-tanya kenapa
aku berubah sekarang. Ada jugak dia bertanya Faizal tapi Faizal
pura-pura tak tau apa-apa. Dia panggil aku masuk bilik dia. Dan inilah
masanya untuk aku memulakan semuanya. Aku tak merancang untuk
melakukannya pada tarikh tertentu. Tapi disebabkan dia dah panggil aku,
aku teruskan saja rancangan itu.
“kalau u ada masalah, cakap je anytime, I kan bos u, walaupun
u baru beberapa bulan kat sini, tapi pekerja I adalah tanggungjawab I” En.Saiful memulakan bicara.
“Bos, I dah banyak terhutang budi dengan bos. Bos ambik I keje
ni pun I bersyukur sangat, sekurang-kurangnya I dapat sambung degree I” aku mula menyusun ayat.
“kalau u rasa tak selesa kat sini atau tak selesa dengan I, u cakap je, kita boleh bincang” En.Saiful nampaknya sedang berusaha untuk tahu apa punca sebenarnya perubahan aku.
“biar i berterus terang…” akhirnya aku menceritakan
kepada bos aku bahawa aku sedang mengandung. Tetapi aku tak beritahu
usia sebenar kandungan aku kerana aku telah merancang untuk memerangkap
Amman. Lelaki yang telah menghina aku hari tu.
En.Saiful nampaknya sangat terkejut. Dia betul-betul tak tau yang aku
dan Amman dah terlanjur sejauh itu pada pertemuan pertama. Dan dia
nampaknya sangat marah.
“jangan bos… tak guna bos bagitau dia” aku menghalang En.Saiful yang mula mendail nombor telefon Amman.
“dia mesti bertanggungjawab!” En.Saiful masih berkeras.
“dia tak kan mengaku itu anak dia sebab masa kami ‘bersama’ memang I dah tak ada dara” Aku tunduk.
“tak ada dara?” En.Saiful sekali lagi terkejut.
“ye, I tak ada dara lagi. Dia dah tinggalkan I 5 tahun lalu” Aku tunduk lagi. Tak mampu rasanya nak menatap wajah bos sebab aku rasa hina membuat pengakuan begitu.
“jadi anak tu memang anak Amman, dia tetap kena
bertanggungjawab. U dah mengandung Yasmeen, benda tak boleh
disembunyikan lagi, perut u akan membesar” Bos tenung aku. Aku terus tunduk.
“ni semua salah I kan? Kalau I tak suruh u jumpa dia…” En.Saiful kelihatan kesal.
En.Saiful berjanji akan menyelesaikan masalah aku secepat mungkin.
Dia minta aku bersabar sementara dia cari Amman. Aku keluar dari bilik
bos dengan wajah sugul. Faizal menghampiri aku.
“macam mana?”
“aku dah cakap kat bos apa yg kite plan tu. Tapi aku tak taulah macam mana…” Aku pandang Faizal. Dia angguk-angguk.
“ko sabarlah. Aku rasa dengan cara tu je boleh tutup malu ko ni nanti” Faizal genggam tangan aku.
“Errr tapi anak ni bukan anak aku kan?” Faizal bertanya. Aku senyum.
“bukanlah… aku mengandung baru sebulan la…” aku senyum. Faizal pun senyum :p
Balik rumah aku tengok Zamri dan Shima sedang makan dimeja makan.
“makan?” Shima tegur aku.
“bile u balik?”
“baru 2-3 jam lepas…” Shima terus menyuap makanan ke mulutnya. Dah 2 minggu tak nampak muka dia. Jarang sangat aku bercakap dengan dia.
Shima seorang pramugari. Masa dia jumpa aku dulu aku ingatkan dia cina.
Muka dia memang macam cina. Lepas aku balik dari UK hari tu, aku plan
nak cari rakan serumah bukan kerana aku sunyi, tapi aku takut kalau
Izham, anak Zaki sugar daddy tua aku dulu tu, korang ingat lagi budak
bernama Boy yang selalu ugut aku tu? Aku takut betul dengan budak tu.
Walaupun aku pernah projek dengan dia beberapa kali tapi dia tu kepala
tak betul, kadang2 romantik, kadang2 tiba-tiba naik angin tuduh aku
rampas harta bapak dia, tuduh aku punca kematian Zaki.
Ah, entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik teringatkan kisah
dulu. Berbalik pada cerita Shima. Aku terus terima dia sebagai rakan
serumah sebab dia la orang pertama yg call aku sejak aku iklankan
mencari rakan serumah. Mase tu aku tak tau dia pramugari. Rupanya sama
je ada rakan serumah atau takde, dia selalu takde kat rumah. Dan dia pun
lebih kurang je macam aku. Kaki jantan. Tapi dia bukan macam aku.
Jantan dia semua hebat-hebat. Salah sorang darinya abang Navy yang aku
larong dulu tu hehehe…
Sejak aku mengandung, aku tak berminat langsung pasal sex. Tengok
lelaki pun aku jadi benci. Aku jadi bosan dan rasa nak marah pada
lelaki. Buat masa ni, takde pulak aku mengidam apa-apa.
“macam mana?” Zamri duduk disebelah aku.
“macam mana apa?” aku buat-buat tanya. Sebenarnya aku
tak berminat nak bincang pasal masalah aku ni. Tapi aku tak sampai
tengok kesungguhan Zamri. Dia betul-betul nak tolong aku. Lepas aku call
dia bagitau yg aku mengandung, dia terus datang sini. Dia memang baik.
Buat masa ni dia jelah yg selalu ada dengan aku waktu aku susah atau
senang. Itupun mungkin kerana aku ni sepupu dia.
Aku pening memikirkan siapa sebenarnya bapa kepada anak aku. Mungkin
Zamri. Mungkin Juga Aie. Atau Kamal, atau Haizan, atau Casey. Aku tak
pasti. Kalau diberi pilihan, aku rasa aku akan pilih Aie. Entah kenapa
aku betul-betul tertarik pada dia. Aku projek dengan dia pun sebab aku
suke kat dia. Dan aku tak pasti, adakah tindakan aku betul kalau Amman
bersetuju berkahwin dengan aku. Yang pastinya bukan Amman bapa sebenar
pada anak ini. Sebab masa aku projek dengan Amman, aku dah tau yang aku
mengandung 2 minggu. Ahh… pening!
Bercakap pasal kahwin, aku teringatkan Ustaz Rochi. Mungkin ini
balasan aku terhadap setiap apa yang aku lakukan pada lelaki baik macam
utaz. Entah apa dia buat sekarang. Lepas aku balik dari UK dan larikan
diri dari berkahwin dengan dia, aku takde jumpa dia lagi. Kat kolej pun
aku tak jumpa dia sebab aku part-time student dan kelas aku hanya 3 hari
seminggu, itupun pada waktu malam.
Sudahnya masalah aku masih berlegar ditempat yang sama. Tiada jalan
penyelesaian. Aku buntu. Mungkin tiada sesiapa yang dapat membantu aku.
Saat ini barulah aku terkenangkan masa silam aku. Dulu aku Cuma budak
kampung. Aku tipu mak aku. Aku kata aku kerja kilang kat KL. Hakikatnya
aku bekerja sebagai GRO. Aku jumpa Zaki kat sebuah club dan disitulah
kisah hidup aku bermula sebagai perempuan simpanan kepada lelaki tua.
Namun itu bukan kali pertama aku kenal sex.
Sebelum tu dah ramai yang sentuh aku sejak aku sekolah menengah. Abang
aku sendiri pun pernah sentuh aku. Ahhh.. keluarga aku memang tonggang
terbalik. Bapak aku kaki judi, kaki pompuan. Hidup kami susah. Bini baru
bapak aku dah buang bapak aku sejak bapak aku kena angin ahmar. Mak aku
sendiri pun tak nak terima bapak aku lagi sebab marahkan bapak aku
diatas sikap bapak aku dulu. Mak aku layan bapak aku macam anjing masa
bapak aku sakit sampai la bapak aku mati. Kadang-kadang aku benci mak
aku. Memang aku benci bapak aku tapi bila dia sakit macam tu aku rasa
sedih. Tak sampai hati tengok mak aku buat dia macam tu.
Abang aku dulu pernah kahwin. Anak dia pun dah 3. Abang Long aku kongkek
aku pun masa tu dia masih lagi bersama kak long aku. Sekarang mereka
dah bercerai sebab kak long aku dah ada lelaki lain. Abang long aku pun
nampaknya dah berubah sejak bertunang dengan kak Rozzie. Tak lama lagi
mereka pun nak kahwin. Akak aku nampaknya tak banyak masalah. Dia duduk
asrama sejak tingkatan satu dan belajar di USM penang. Jadi dia tak
banyak melalui kesukaran yang aku rasakan sebab dia jarang ada kat
rumah. Masa dia banyak kat hostel untuk belajar. Sekarang ni pun dia
keje kat penang. Raya baru kami jumpa. Aku anak ketiga. Rasanya korang
pun tau sejarah hidup dan aku aku lakukan kan? Adik bongsu aku masih
sekolah. Baru je habis SPM baru-baru ni. Dia pulak aku tak taulah. Aku
harap dia jadi orang berguna satu hari nanti. Dalam adik beradik aku,
nampaknya akulah yang paling teruk kan?
Ahhh… aku rasa benci pada diri sendiri. Entah kenapa aku ingat semua
kisah silam ni. Aku tak salahkan sesiapa. Inilah jalan yang aku pilih.
Memang aku sekolah tak pandai. Kalau aku tak jadi GRO, tak kenal Zaki,
tak mungkin aku sambung belajar macam sekarang ni. Dan aku mungkin masih
lagi seorang GRO. Setiap kejadian dalam hidup aku ada buruk baiknya
tapi entah kenapa aku terus berada dijalan salah yang kotor ni.
Argghhh….Aku benciiii!!!