Monday, September 25, 2006

perkembangan terkini!

semalam hari pertama aku balik semula kerumah Saiful. Aku balik pun kerana mak mertua aku. Mak mertua aku datang merayu mintak aku balik pada Saiful dan dia nak rumahtangga kami pulih semula. Dia mintak aku maafkan Saiful atas kesilapan lalu dan mak mertua aku kate dia yakin yg Saiful dah berubah.
Saiful boleh bergerak sendiri, dia boleh bangun cari makanan di dapur, boleh ke toilet, semuanya boleh dilakukan sendiri. cuma dia tak boleh berpeluh sebab nanti luka² dan tompok² kat badan dia tu nanti jadi berair. ishhh… aku tak boleh tgk semua tu. geli! kadang² aku kesian, kadang² aku menyampah. tapi dia tak la susahkan aku sgt. nak ke toilet pun dia pegi sendiri, nak makan, nak minum semua dia buat sendiri.
aku bagitau mak aku pasal hal ni. mak aku sudi nak datang tengok menantu dia. Aku pun layan jelah. Sementara settlekan semua keje-keje yg patut kat opis. Aku takde la buat ape sangat kat opis tu. Aku tak kisah la mcm mana staff aku buat keje, lantak la tapi aku nak, semuanya settle. Asalkan bile aku masuk meeting ngan lembaga pengarah lain, semuanya line clear. Dengan dibantu Faizal, semuanya lebih jadi lebih mudah. dia mmg dah biase bertahun-tahun dgn Saiful. Kalau ikut pengetahuan dan pengalaman memang dia lebih layak dari aku :p
Tadi Shima call aku. Ade surat Urusan Seri Paduka Baginda untuk aku. Aku tak tau lagi bile nak kesana sebab baru je pindah balik rumah ni. So, aku suruh la Shima bukak je surat tu. Konvo! Hahaha… aku hampir terlupa yg aku dulu pernah menjadi seorang student dan baru ni la nak konvo. Terus aku teringat Zaki. Lelaki tua yang kutip aku mase aku jadi GRO dan tanggung aku belajar.
Abang long aku la yg paling tergedik-gedik nak datang sangat² kat KL ni konon nak ikut mak aku tengok Saiful. Sebenarnya aku tau niat dia. Korang pun tau kan? Pagi ni aku plan nak singgah ambik surat aku tu kat shah alam. Tapi shima dah takde. terbang ke US 4 hari. khabarnye Elly nak datang dari Tulsa dlm seminggu dua. Shima mintak tolong aku ambik dia kat KLIA lusa, sebab mase tu shima masih kat US lagi. Terkejar-kejar gak aku, dgn mak aku nak datang, Elly nak datang. Shima balik nanti mesti Izaida ade sekali. So kalau Izaida ade, Elly ade, Abang aku ade, dan kalau aku panggil Zamri sekali, boleh teka ape yg akan jadi? :p