Friday, August 11, 2006

hari pertama di ******* holding!

“selamat pagi puan” aku angguk kecik. Dulu budak ni panggil aku Yasmeen je. Sekarang dia panggil aku puan. hahaha! Faizal sambut aku dengan ucapan selamat datang. Ah! Formal gile… Aku tengok tempat lama aku dulu dah digantikan dengan bodyguard baru. Masih lagi duduk bersebelahan dengan meja Faizal.
“ape aku nak buat hari ni Faizal?” aku pandang Faizal. Faizal senyum. Mungkin menghina atau entah apa. Aku memang tak tau nak buat apa. Faizal mula membacakan kuliah paginya seperti kebiasaan yang dilakukannya terhadap Saiful setiap pagi sebelum ini.
“semua epoimen dah dibatalkan sejak boss takde. aku hantar site manager yang pegi tengok project. Dato’ Murtaza ada berhasrat nak jual saham dia, mungkin dia rasa company ni tak kukuh tanpa nakhoda kapal, mama ko ada datang sekali sekala attend apa yang penting sebagai pengganti boss. keje ko senang je. ko mesti study betul² selok belok company, keluarkan arahan dan orang lain akan buat untuk ko. tu je” huh! mamat ni cakap memang senang! Sedap mulut dia je cakap.
“ape yg aku nak study?” aku pandang Faizal. Bunyik cam bodo sangat je aku ni kan? Padahal sebelum ni aku yang gedik ikut Saiful merata join dia diskas ngan company luar dan tah kemana-mana lagi.
Saiful bagi penerangan tentang perkembangan syarikat. Sekarang ni tengah buat apartment 10 block dengan unit rumah kedai. projek kecik. lepas tu ade lagi satu je projek baru yang dah kompem dapat dan akan start bulan June ni. Then ade lagi satu projek yang tak sempat Saiful habiskan perbincangannya. So, aku rase aku kene dapatkan projek terakhir tu dulu sebelum aku menapak cari projek baru.
Hari ni aku buat lunch meeting dengan Dato’ Murtaza. Aku harap dia jualkan je saham dia kat aku. Nak sangat kan.. hah! berambus! Takde la sakit sangat pala otak aku nak mikirkan nak jaga hati pemegang saham. Leh aku buat keputusan ikut suke hati aku kalo dia takde wakakaka… Tapi dia tak nak jual. Dia siap tanye aku lagi “mane u dengar i nak jual ni? rugi la jual saham. kompeni ni ade potensi besar, perlaburan i untuk jangkamasa panjang” blablabla merepek orang tu ni merenyeh 24 jam. Rimas aku.
Aku balik opis. Faizal duduk sebelah driver, entah apa nama pakcik ni, aku tak penah nampak. Orang baru kot. Kali ni aku duduk belakang sepertimana Saiful dulu. Bukan aku tak penah mimpikan semua ni tapi kali ni aku rase belum bersedia 100%. Entah kenapa aku setuju dengan permintaan mak mertua aku.
“sekarang ko ade keje sikit untuk aku” aku duduk keletihan sepanjang hari berjalan. Keluar site masuk site, meeting ngan orang tua gile tadi. Dan pegi pusing keliling opis nak tengok perkembangan terkini. Asalkan kehadiran aku memberi kesan pada dorang semua tu dah kire ok la tu!
“keje ape boss?” Faizal sengih.
“jangan panggil aku boss la. Depan orang takpe, ngan aku takyah” aku jeling Faizal. Faizal sengih lagi.
“ko tolong carikan aku file peribadi Kamalia dari HR. Aku nak no tepon laki dia, manelah tau kalau-kalau dia letak nama laki dia sebagai orang terdekat untuk dihubungi ketika kecemasan” aku pandang Faizal yang terkebil-kebil.
“Errr… nak buat ape ni?” Faizal bertanya dengan muka serious. Dan aku ceritakan kat dia apa yang berlaku kat hospital beberapa hari lepas tentang pertemuan aku dengan Ashraff. “kalau boleh aku mintak ko jangan la kacau Ashraff tu lagi, kesian kat dia” Faizal bersuara perlahan.
“hmmm… so ko kenal Ashraff…” aku senyum sinis. Dan ada sesuatu yang mengejutkan aku yang telah Faizal ceritakan pada aku.
Bersambung…