Friday, August 4, 2006

Memadailah Dengan Perhatian Yang Diberikan

Sejak seminggu dua ni memang fikiran aku berserabut. Buat itu ini semua tak kena. Dok memikirkan camne nak lari dari bala ni semua. Dengan Saiful yang rentung kat Hospital, keluarga mertua aku plak mengharapkan aku ada disisi anak dia. Dengan hidup aku yang tak tentu hala, terikat dengan status isteri orang dan jobless. Dengan perut yang makin lama makin membesar sikit demi sedikit.
Aku tak sihat, beberapa hari lepas aku pengsan sorang-sorang kat rumah sampai aku bangun sendiri. Aku lupa berapa jam aku pengsan. Aku tau aku pengsan sebab bila aku bangun, aku duduk atas karpet pastu lentok atas sofa. Aduh sakit tul pinggang!
Aku gi klinik. Doktor check jantung, nafas, check pergerakkan baby. Tah la. Aku takde rase ape-ape yang bergerak dalam perut aku pun hehehe… Aku berehat sorang-sorang. Shima takde. Hampir seminggu lebih. Bukak e-mail, ada e-mail dari Elly tanye aku bile nak datang sane :p Aku tak tau nak reply ape, jadi aku biarkan dulu.
Petang tu aku jenguk Saiful kat sjmc. Macam biase mak mertua aku ade kat sane, temankan Saiful tak kira masa. Mak mertua aku peluk aku, menangis tanye mana aku pegi dekat seminggu hilang. Aku cakap aku tak sihat blablabla… dia pun ape lagi start la suruh aku tinggal dengan dia la hape la.
Pastu dia ajak aku kuar minum-minum kat restoran depan sjmc tu. Tanya pasal mase depan, pasal perancangan aku, dengan keadaan Saiful yang tah bile nak sedar tu. Tadi kulit dia yang melecur tu dah nampak kering dah. Kulit yang terbakar tu dah mula kering dan gugur. mungkin nak tumbuh kulit baru gaknye. Tapi kulit dia tak sekata la. Ade yang still merah² nampak daging, ade yang tompok-tompok hitam, putih, coklat kesan kulit terbakar yang dah mula kering.
Risau betul mak mertua aku. Dia duk sibuk tanye aku duduk mana, ade duit ke tak. Itu ini semua dia nak tau. maybe dia rasa bertanggungjawab sebab aku kandungkan cucu dia. Cucu dia? Muahahaha cucu dia? Hmmm… letih fikirkan keadaan ni. Padan muke aku. Aku yang buat semua ni semakin rumit.
“Meen, boleh Meen tolong mama. esok pagi mama ade meeting penting, kalo boleh meen tolong tengok Saiful untuk beberapa jam je, mama janji, lepas meeting mama terus datang sini” mak mertua aku pegang tangan aku. Aku diam tapi aku senyum. Sian plak orang tua ni, sepatutnya jaga Saiful tu tanggungjawab aku. Tak kira apa pun status sebenar kami, aku sebagai isteri mesti jaga dia walaupun hati aku tak rela, benci atau apa sekalipun.
“esok Meen datang mama, jangan risau”
“thanks Meen” thanks? di aucapkan terima kasih kerana tengokkan kejap suami aku sendiri untuk jangkamasa 3-4 jam? Teruk kan aku? Dia punyelah baik dengan aku tapi aku buat camni. Habis nak macam mana lagi? Aku dengan Saiful hakikatnya sape? Kami takde apa-apa. Kami hanya duduk serumah, tidur sekatil. Dalam temph perkahwinan yang baru beberapa bulan dan baru 3-4 kali projek bersama, susah untuk aku melakonkan keikhlasan aku untuk menerima keadaan Saiful. Bukan kerana dia dah jadi cam mayat hidup, tapi kerana aku takde rase ape-ape pun. Jiwa aku kosong terhadap Saiful. Jangankan sayang dan rindu, rase kesian pun tak. Aku lebih kesian tengok keadaan mak mertua aku yang nampaknye lebih menderita dari Saiful.
Banyak yang kami bualkan sebelum aku pegi. Sekarang ni mak mertua aku terpaksa gantikan Saiful menghadiri meeting penting ****** holding sewaktu ketiadaan Saiful. Ade jugak dia tanya aku kalau aku sudi ambik alih tempat Saiful sementara Saiful dalam keadaan macam tu. Aku bukan tak nak, aku memang perlukan duit untuk hidup, walaupun simpanan aku masih ade sikit. Tapi aku rase mungkin aku akan terikat dengan budi baik mak mertua aku atau terikat terus dengan Saiful sebab syarikat tu syarikat bapak dia. Aku belum buat keputusan. Tapi tak kan aku asyik nak terima bantuan kewangan atau belas ihsan mak mertua aku plak, walaupun itu tanggungjawab dia disebabkan anak dia takleh nak bagi nafkah kat aku.
Aku ada terfikir, mungkin aku patut keje balik kat ******* holding supaya takde la nampak sangat aku mengharap ihsan mak mertua aku. Tah la! Aku blom pk lagi. Lagipun aku malas nak pk. Sebelum aku balik, aku singgah sjmc, naik kejap dalam setengah jam dan sebelum aku pegi aku nampak airmata Saiful meleleh tapi aku buat tak tau je.