Monday, August 7, 2006

Sebuah Episod Baru

“ye saya Yasmeen” aku terkebil-kebil.
“maaf menggangu. Tapi saya rasa buang masa awak layan jantan tak guna ni. Kalau dia mati terus pun senang, hidup menyusahkan orang” lelaki tu mendengus dan terus menyumpah-nyumpah. Aku pandang Saiful. Airmata dia meleleh lagi.
“awak sape?” aku terkebil-kebil lagi.
“saya suami Kamalia!” aku terkebil-kebil lagi.
Kisahnye, Kamalia ni dah bersuami. Ada anak sorang berusia 3 tahun. Kamalia tinggalkan suami dan anak dia sebab si Saiful. Hmmmm… gitu ke? Nama dia Ashraff. Mereka berkahwin 5 tahun lalu. Mase tu Kamalia ni seketeri Saiful. Itu aku tau. Sejak Kamalia dengan Saiful kantoi romen-romen kat opis (Faizal penah citer kat aku dulu), Kamalia terus tak balik rumah, tinggalkan suami dan anak dia yang mase tu baru 11 bulan.
Ashraff mendayuskan diri, merayu dan memujuk Kamalia sebab fikirkan anak yang masih kecik, yang perlukan belaian seorang ibu. Aku cam tak caye. Faizal tak penah bagitau aku yang Kamalia dah berkahwin dan dah ade anak pun. Secara logiknya kalau nak dibezakan Ashraff dengan Saiful, memang jauh beza la. Tak mungkin software engineer yang bergaji RM 2,700.00 dapat setanding dengan CEO sebuah syarikat terkemuka.
“saya sayangkan Kamalia. Puas saya merayu. Saya sayangkan rumahtangga kami. Saya melutut mintak Saiful lepaskan Kamalia, awak tau apa Saiful buat kat saya?” jantung aku dup dap dup dap dengar cerita Ashraff.
“dia campak cheque kosong untuk beli kasih sayang saya, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. dia halau saya macam anjing kurap, dia tak pedulikan tangisan anak saya” Ashraff menangis. Airmata Saiful pun meleleh semakin laju. Filem ape yang aku tengah tengok ni?
“saya bersumpah. Tuhan akan rampas segalanya dari Saiful. Dia hanya merampas isteri saya dan ibu anak saya, tapi Tuhan akan merampas segala-galanya dari dia, saya bersumpah!” Ashraff meninggikan suara dengan penuh emosi.
“takpelah, maaf mengganggu. saya balik dulu” Ashraff berlalu bagaikan mimpi. Aku masih lagi tercengang dengan apa yang baru berlaku. Aku rasa bagaikan sedang membaca sinopsis sebuah cerita dan cuba membayangkan situasi sebenarnya. Aku garu kepala.