Wednesday, August 16, 2006

Kisah Ashraff Dan Kehidupannya!

Kisahnye si Ashraff ni seorang yang tidak berkemampuan yang beristerikan seorang pompuan yang mata duitan dan pisau cukur. Dulu Ashraff ni boleh la tahan. Keje pon leh tahan. Masyuk pun masyuk. Sehinggalah mereka bercinta, mendirikan rumahtangga dan dikurniakan cahayamata. Sebelum anak mereka dilahirkan, bisnes Ashraff lingkup. Company tutup dan bungkus! Sampai bini bersalin pun hutang merata nak bayar bil hospital. Keadaan berterusan sampai la beberapa bulan selepas itu. 2-3 bulan lepas pantang, Kamalia mula ada scandal ngan Saiful kat opis. Scandal P.A ngan Bos, biaselah kan! haks! Menurut kata Faizal, mula² je cover, lepas tu dah tak boleh nak cover. Dah bebas romen² dengan bos kat bilik bos. Keluar pun dah tak sembunyik² lagi, takat peluk² depan staff lain tu dah biase sangat la.
Satu hari Ashraff datang mengamuk kat opis bile dapat tau bini dia ade hubungan sulit ngan bos. Maka mengamuk sakan la si Ashraff dengan gagah perkasanya menuntut semula si isteri durjana itu. Tapi sumpah seranah yang dia dapat. Mase tu aku blom jadik bodyguard Saiful. Mase tu bodyguard dia abang ketul² yang kental hehehe. Dan biru lebam la si Ashraff kene blasah sebab buat kaco kat opis. Yang sadisnye, si Kamalia cuma tengok je laki dia kene pukul, takde pun rase kesian, apelagi rase bersalah kerana berkelakuan curang! Cisss!!!
Satu hari, anak mereka tenat sebab kena jangkitan kat paru-paru. Paru-paru tersumbat. Si Ashraff datang merayu jumpe bini dia suruh balik tengok anak. Mase tu la Saiful ambik kesempatan diatas desakan hidup yang Ashraff alami. Dia bagi Ashraff duit untuk biaya perubatan anak dan mintak Ashraff lepaskan Kamalia sebab dia nak Kamalia.
Ashraff lepaskan Kamalia, mendayuskan diri dan merelakan segalanya kerana perlukan sangat duit untuk anak dia walaupun pada mulanya bukanlah tujuan Ashraff nak datang mintak duit. Dia datang nak Kamalia balik, tengok anak sakit, nak kamalia sama² bertanggungjawab. Tapi hati dia luruh dengan duit Saiful sebab kenangkan anak dia yang sakit dan perlukan sangat duit, apalagi ketika dia tak kerja mase tu.
Mungkin ketika tu bagi Ashraff, dia tak nak kehilangan anak mereka setelah dia kehilangan isteri. Ashraff berlalu pergi dengan cheque ditangan. Walaupun dia terpaksa pilih antara isteri dan anak, tapi dia tetap makan hati. Tak kan dia boleh lupa semua tu dalam sekelip mata.
Dan Faizal tanye aku, apsal aku sibuk nak tau pasal Ashraff dan Kamalia. Aku pun cerita kat Faizal pasal pertemuan aku dengan Ashraff kat hospital tu.
Hari ni Ashraff setuju jumpe aku. Entah kenapa aku nak tau sangat tentang perkembangan Ashraff. Anak Ashraff tinggal dengan mak Ashraff buat masa ni. Dia pun dah keje dah sekarang. Dulu ade company sendiri, buat bengkel komputer kecil-kecilan. Kecil-kecilan pun masyuk la gak sampai Kamalia kejor nak buat laki. Skarang cuma sebagai IT Engineer kat sebuah syarikat area KL. Boleh la takat nak mulakan kehidupan baru. Tak la melarat macam dulu. Sejak anak dia dah sihat sikit ni, boleh la dia tinggalkan kat mak dia, dan dia pun boleh keluar cari keje.
Kamalia masih hilangkan diri. Tak tau kemana dia lari. Dan sepanjang hari aku hanya mendengar luahan hati Ashraff yang mengikuti perkembangan Saiful setiap masa. Dia ingat kalo Saiful dah kawen, semuanya dah settle. Mungkin kamalia akan kembali pada dia. (entah nape dia sayang beno kat bini dia yg curang tu). Ternyata mereka berdua memang takleh dipisahkan. beberapa lepas aku kawen ngan Saiful, rupanya dorang dah start masuk hotel. Ah! aku tak peduli pun. Cuma aku rase teruja sikit sebab Ashraff lebih tau dari aku sedangkan aku yg paling dekat dengan Saiful. Aku tau Saiful masih bersama Kamalia pun mase aku dating ngan Van Zack kat The Curve dan terserempak ngan Saiful dan Kamalia mase dorang nak keluar lift hari tu. Sedangkan sebelum tu sikit pun aku tak syak langsung!