Wednesday, October 25, 2006

kejadian yg bakal berulang :p

Malam tu Tiara call aku. Dia sendiri pun gelabah antara nak pegi dengan tak pegi. Nak pegi takut, tak pegi rase rugi pulak. Aku pun tak berani nak cakap. Aku pun bukan kenal Kapten Kamil tu. Aku tak sure Tiara pegi jumpe dia ke tak, sehinggalah pagi tu dia datang bilik aku bagitau gosip terbaru tu :p
Dia kate malam tu dia jumpe Kapten Kamil kat tempat hari tu. Kat Zouk la. Tapi situ kan susah sikit nak borak sebab bising nak mampus! So, diorang keluar minum kat tempat lain.
“laki ko mana?” aku tanye Tiara.
“ade! aku cakap aku keluar dengan boss hehehe” Tiara sengih.
Tiara kate dia borak² dengan kapten tu sampai dekat pukul 2 pagi. kapten tu dah kahwin, ada anak 4 orang. Wife dia seorang pegawai tinggi kerajaan dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan apalagi yg melibatkan hal ehwal semasa wanita di Malaysia.
Tiara kata, dia terperangkap dengan soalan-soalan kapten kamil. Dia tanye Tiara, kalaulah Tiara tu betul isteri orang, ada anak 2 dan bahagia, apa sebabnya Tiara setuju keluar dengan dia? Tiara tergamam tak tau nak jawab apa. Bila soalan tu dipulangkan balik pada kamil kompot tu, dia jawab, biasalah bagi lelaki nak berkawan, cari teman, tempat bercerita apalagi bila wife dia sibuk dan tak ada untuk dia.
Huh! lelaki… mmg takde alasan lain. Balik-balik salahkan bini. Tiara terfikir, entah² laki dia pun camtu gak. Tapi tak tau la. Laki dia tu memang gile keje. Hidup dia asyik pada kerja. Dulu cuti kawen pun dua hari je. hari ketiga dah start keje. Tapi itulah lelaki idaman Tiara. Kuat bekerja, focus dan pandai cari duit :p
Berbalik pada kisah Tiara dan Kapten Kamil tadi, malam tu takde la berlaku apa² kejadian yang melibatkan keterlanjuran suami dan isteri orang :p tapi Tiara akui yg dia tertarik dengan Kapten Kamil tu sebab mamat tu jujur dan terus terang. Tiara kata, malam ni pun dia ada date lagi dengan kapten tu.
“Jangan selalu sangat, nanti laki ko tau!” aku plak yg beriya-iya risau. Aku jadi ketakutan dan berdebar-debar sebab aku sendiri pun penah buat keje mcm tu dulu hehehe tapi takde la rase takut sampai mcm ni sekali. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kejadian kantoi aku dengan Van Zack mase kat Hongkong dulu memang mengerikan hehehe…
Memang aku pelik, entah apa yg Tiara cari sedangkan dia selalu cakap yg baik² pasal laki dia. walaupun aku tak penah jumep laki dia, tapi dari cerita dia tu, aku bayangkan laki dia tu memang lelaki yg hebat. Tiara pun cerita yg hebat² je pasal laki dia. Kalau boleh aku tak nak masuk campur. Tapi dah dia citer, aku dengar jelah :p
Tiara tanye aku, penah tak aku projek dengan lelaki lain selain dari suami aku. Aku senyum je. Malas nak jawab! Dia pun senyum.