Sunday, October 22, 2006

Tiara & Kapten Kompot!

malam tu aku bawak Tiara pegi Zouk. Dia kate dia penah pegi sekali ngan husband dia mase mula² datang KL dulu, member husband dia bawak. So, malam ni aku ajak shima sekali, lagipun shima sorang je kat umah dia, cuti seminggu.
So, malam tu kami berbual panjang la sambil² berkenalan. Tiara dan Shima berlumba-lumba tanik dan isap rokok. Terpaksalah aku bersabar dengan perut aku yg blom la boyot sangat ni :p Bulan ni nak masuk 6 bulan dah tapi aku masih lagi bergelumang dgn tempat² mcm ni, asap rokok, asap kenderaan, debu jalan :p harap anak aku kuat mcm aku :p
borak punye borak, terborak la pasal sexlife masing². aku tak banyak bercerita sangat la sebab aku malu dgn sejarah aku yg menjijikkan. Shima ligat bercerita sebab dia dah biasa dengan ramai lelaki dari serata dunia. Batang pelbagai warna semua dia dah rase :p Tiara pulak, sebelum kahwin mmg ligat, tapi lepas kawen dialah isteri paling setia di singapore :p atau mungkin husband dia tu yg terhebat dari senarai lelaki hebat yg dia penah rase :p
Shima duk main² mata dengan mamat yg duduk selang 2-3 meja dari kami. Aku dah perasan dari tapi tapi buat² tak nampak je. Kami tak pedulikan mamat tu sangat sebab dia takde la ensem sangat, manis tu ade la sikit, jaga koprat pun ade sikit, perut pun koprat la jugak (buncit sikit) maybe dan ramai anak la kot. Dalam erti kata lain, dah kahwin dan berstatus laki orang :p
bile mamat tu nak blah, dia menghampiri meja kami pastu kasi namecard dia kat Tiara.
Tiara? Aku ingat dia berkenan kat Shima, duk main mata dari tadi. Kad warna putih berlambangkan Malaysia Airlines tu tertera nama Kapten Hj.Kamil Kompot thehehe… pelik tak nama dia? Kapten… rupenye…
Shima frust menonggeng pilot tu kasi kad dia kat Tiara sedangkan dia yg beriya duk main mata ngan kapten tu tadi hahaha… Rasekan ko Shima, asyik ko je nak sapu semua :p balik tu dalam kereta si Tiara sakan bergayut kat enpon berbual dengan kapten kompot tu. Pastu aku hantar Tiara balik apartment dia, hantar Shima, dan aku pun balik rumah aku.
Saiful tunggu aku balik. Satu hal lagi aku kena menghadap dia malam² buta, sudah la aku letih, esok nak kene keje. Dia kata kat aku, kalau aku ada lelaki lain, dia boleh lepaskan aku dengan cara baik, walaupun anak ni bukan anak dia, tapi dia akan buat cam biasa dan lepas aku bersalin nanti baru dia ceraikan aku.
Aku terus teringat satu perkara yang paling penting. Kalau aku bukan lagi isteri kepada CEO ******* holding tu, aku ni siapa? nak keje ape? nak makan apa? so, bagi aku Saiful adalah insan terpenting untuk aku mengekalkan kedudukan dan apa yg aku ade sekarang. Jadi, aku mula berlakon.
Aku cakap kat Saiful, aku sayangkan dia. Sejak hari pertama kami bernikah lagi aku dah mula sayangkan dia. walaupun dia ada hubungan dengan Kamalia, walaupun dia layan aku mcm sampah, walaupun dia pukul aku blablabla… tapi aku tetap sayang dia. (nak muntah rasenye keluarkan ayat penipuan sebegitu). Aku cakap kat dia, aku projek dengan Van Zack dulu sebab dia abaikan aku, aku kesunyian :p dan pasal kes aku projek ngan Zamri mase malam besdei aku hari tu pun aku kate sebab aku sunyi, dah berapa lama aku tak dapat belaian suami :p wakakaka… so, dgn alasan tu, tiba² Saiful sendiri yg mengaku bersalah kerana tak dapat tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami memberi nafkah batin kepada aku hahaha… dan dia pujuk aku, lepas dia sihat nanti, family kami akan pulih dan kami akan bahagia bertiga. And aku cakap kat dia, aku tak nak dengar pasal cerai lagi sebab aku sayang kat dia. Aku siap cakap yg aku akan lahirkan anak dia lepas anak dalam kandungan aku ni dah berusia setahun dua :p hahaha pandai tak aku? and aku tido dengan tenang malam tadi…
pagi ni pegi opis si Tiara tergedik² datang bilik aku. Dia bagitau aku mlm ni dia ade date dgn kapten kompot!!! bersambung…