Wednesday, January 17, 2007

Edisi Gelabah!

Hari ni Van Zack call aku lagi. Ajak jumpa. Dah bape kali aku elak-elak sampai aku dah takde alasan dah. Dah macam-macam citer aku pusing bagi alasan tak nak jumpa dia.
Dia takde la ajak aku buat benda tak baik ke ape. Tapi sejak dia kahwin, kalau boleh aku tak nak ada apa-apa dengan dia lagi. Kalau boleh aku nak lupakan yang aku pernah ada hubungan dengan dia. Tapi hari tu aku takleh nak elak lagi sebab izaida sendiri yang call aku suruh datang rumah, dia kata dia ade masak-masak sikit sempena masuk rumah baru. Maklumlah pengantin baru. So, malam tu aku datang le jugak. Malam tu aku buat rancangan dengan Tiara. Aku suruh Tiara datang umah aku, mase aku takde.
Tiara datang malam tu. Mase aku nak kuar, aku buat-buat tunggu Tiara. Aku buat-buat gelisah call Tiara tak dapat-dapat. Pastu aku pesan kat Saiful, kalau Tiara datang, cakap aku dah pegi. Lepas aku kuar dari umah, aku call Tiara suruh dia datang umah buat-buat cari aku. Lepas tu pandai-pandai dia la. Aku dah bagi makan, tak kan nak suruh aku suap plak hehehe…
Aku sampai umah Izaida sebelum pukul 8 sebab aku niat nak tolong dia masak. Lagipun aku ade buat jeli laici, so jeli tu mesti la sampai sebelum tetamu lain sampai. Mase aku datang dah ade orang lain 4-5 orang yang dah datang. Aku terus tuju ke dapur. Semuanya dah siap. Lagipun bukan semua Izaida masak sendiri, ade jugak yang dia tempah dari restoran.
Aku tak tau ape khabar berita dari Tiara. Aku nak tanya dia tapi aku takut kalau projek tu terbantut pulak kalau aku kacau daun. So, aku sabar sikit la sebab nanti Tiara akan bagitau gak kat aku :p
Lepas tetamu semua balik dalam kul 10 lebih, aku ngan Izaida borak-borak. Lagipun takde ape nak buat, semua pinggan kertas Van dah sumbat dlm plastic itam besar, tinggal nak buang je. Aku lepak temankan izaida basuh cawan je kat dapur sambil sental kek coklat dia. Jeli yang aku bawak pun licin habis. Tak lama lepas tu, Izaida mintak izin mandi jap sebab dia kate dia letih, badan berpeluh, nak cuci muka blablabla… aircon kuat pun berpeluh? Tah la…
Mase Izaida mandi, Van datang kat aku. Dia Cuma nak cium aku. Dia kata dia rindu. Aku ketakutan. Takut Izaida nampak. Memang aku gelabah habis bila Van buat hal macam tu. Van cuba cium leher aku. Aku elak dan cuba bangun dari sofa. Van kiss bibir aku secara paksa. Aku control suara tak nak Izaida dengar. Kalau boleh aku tak nak Izaida tau tentang kisah silam aku dengan Van. Diorang baru kawen, aku boleh nampak dorang bahagia. Aku tak nak rosakkan hubungan dorang.