Sunday, January 18, 2009

Laura…

Laura berada di ICU sejak semalam. Ayie masih lagi tak sedarkan diri. dia mungkin koma. Aku banyak habiskan mase dengan Laura. menemani satu-satunya anak aku yg aku sayang. Kami telah bersusah payah bersama sejak Laura mula tumbuh didalam rahim aku dulu.

Aku lihat Tiara menemani Ayie dengan linangan airmata.  Tiara kelihatan sedih dan sangat sugul. Dia tak tegur pun aku. Aku pun tak pegi jumpa dia. Aku pun tak pasti apa maksud airmata Tiara. Adakah dia sedih dengan perbuatannya atau sekadar satu lakonan. Tadi pegawai polis dari IPK shah alam datang bertanyakan beberapa soalan kepada aku. Aku masih lagi tak bagitau apa-apa selain dari aku masih trauma kerana melihat anak aku melambung tinggi terlepas dari tangan Ayie ketika itu.

En Arif dan isterinya juga ada datang menziarahi Laura dan dia suruh aku bercuti dan berehat buat sementara waktu. Aku masih lagi menyimpan harapan tinggi untuk Laura walaupun doktor kata tempurung kepalanya retak. Mak aku pun sampai dari kampung pagi tadi. Mak aku tak habis-habis menyalahkan aku sebab aku degil tak nak bagi dia jaga Laura kat kampung.

Aku malas nak bertekak dengan mak aku. Sekarang ni aku fikirkan  Laura dan aku takde mase nak fikirkan benda lain. Aku rasa aku hampir putus harapan. Jawapan doktor sentiasa tak memuskan hati aku. Doktor seolah-olah tak pasti dengan keadaan sebenar anak aku. Aku hanya mampu berserah je skang ni.