Shima call aku pagi-pagi buta. Sorang kawan dia kat sane terserempak
dengan Razif di utara Oklahoma berhampiran dengan Kansas. Shima kata
kawan dia si Elly ni dulu sama-sama join projek kongkek dengan Shima
sekali. Dengan Razif dan kawan-kawan dia la 2-3 orang. Razif cuma
berpesan pada Elly supaya kirim salam pada Shima. Sayangnya Elly dan
Razif tak pulak bertukar contact number. Tapi Razif ada bagi tau yang
dia masih bekerja di Vetterott College, Tulsa. Shima kata dia tak tau
tempat tu tapi boleh cuba cari sebab dia pernah pegi Oklahoma City,
meredahi Kansas dan Dallas, mase tu Tulsa International Airport tak siap
lagi, kalau tak silap tahun 1998. Mase tu dia baru tahun pertama
sebagai pramugari. Dah tentu Tulsa dah banyak berubah tapi boleh cuba,
kalau nak seribu daya :p
Aku sangat berbesar hati dan terharu sekiranya Shima dapat tolong
aku. Sebab kalau campak aku sorang-sorang kat sana, tak tau la mana aku
nak pegi. Memandangkan kami takde contact number Razif, kami akan kesana
dan terpaksa cari dia sendiri. Razif penah bawak Shima erumah dia,
Shima pun ingat-ingat lupa. Tak tau nama tempat tapi dekat dengan sebuah
Club, sebab Shima kate dia masih ingat mereka hanya jalan kaki melalui
lorong-lorong bangunan dan laluan penjalan kaki untuk kerumah Razif.
Entahlah! Kami memerlukan perancangan rapi. Aku akan keluarkan semua
duit aku, jual kereta. kalau boleh aku nak jual rumah tu, tapi kesian
pulak kat Shima nanti. Aku harap duit tu nanti dapatlah menampung
kehidupan aku untuk masa 2-3 bulan kalau aku tak dapat kerja. Dan aku
sanggup buat ape je asalkan aku dapat lari dari perkara-perkara yang
menyakitkan hati dalam dunia ni. So, sekarang aku tunggu Shima je, kalau
dia ok, aku pun akan teruskan plan aku ni. Aku dah pk lagi pasal cerai
talak, dosa pahala. Sebab selama ni pun bukan aku ambik kisah semua tu,
kalau tak, takkan la aku kandungkan anak haram ni sekarang. So, pegi
mampuslah dengan apa yang terjadi lepas ni. Alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai kepangkal lengan. Aku dah tak nak pandang belakang lagi.
Aku tau aku buat keje gila. Kami belum tentu dapat cari Razif. Belum
tentu aku dapat kerja kat sana untuk tampung diri aku dan kandungan ni.
Tapi aku nekad. Aku takkan balik lagi. Aku harap kat sane tak kan ade
yang ambik tau pasal anak dalam kandungan yang takde bapak ni. Sementara
aku berangan ni, aku cuba check dengan bank berapa market harga kereta
aku tu sekarang. Mase ni aku terfikir nasib baik aku penah ade affair
ngan Zaki lelaki tua tu hingga kereta ni menjadi milik aku walaupun tak
seberapa. Tak kan aku nak jual V6 kompeni Saiful tu plak hahaha!