Setelah 2 hari Saiful tak balik, bunyi kereta dia yg memasuki
perkarangan rumah kami mendebarkan aku. Aku berpura-pura tengok tv. Dia
masuk rumah bersama Kamalia dan terus naik keatas tanpa mempedulikan
aku. Aku sedikit terasa. Bukan aku cemburu tapi aku terasa bagai dihina.
Aku kesunyian tapi takde mood nak cari kawan. Takde mood nak cari tempat
meluah perasaan. Aku teringatkan Zamri. Sejak aku kahwin, sekali je aku
projek dengan dia. Lepas tu kami jarang berhubung lagi. Kalau tak, dulu
dia la yg selalu jadi tempat aku mengadu macam-macam sebab dia la
sepupu aku yg paling rapat. Kami berkongsi rahsia dan segala-galanya
termasuklah tubuh badan. Tapi aku rasa ini bukan masanya untuk aku
mencari ketengan dengan cara itu. Aku terasa nak pergi jauh tapi tak
baik untuk kandungan. Aku malas nak travel.
Sekarang aku rasa nak cari kerja nak lari jauh dari Saiful. Lagipun
Saiful ada kes, mesti family dia tak pertikaikan kenapa aku hilangkan
diri dan tinggalkan Saiful. So, aku dah selamat kat situ. Kredit kad yg
Saiful bagi dah tak boleh pakai lagi, duit makin kurang, tak mungkin aku
nak mintak dia. Selalu dia yang bagi sendiri. Tapi sejak aku balik dari
Hongkong dia dah tak bagi aku duit lagi.
Sekarang aku nampak bagaimana dilema isteri yang tidak bekerja
apabila suami mereka buat hal. Apatah lagi kalau mereka ada anak. Tapi
dalam kes aku ni lain. Perjalanan hidup aku masih jauh. Aku kena
teruskan jugak sebab tak mungkin aku dapat undurkan masa kembali ke
zaman suci.
Kadang-kadang aku rasa akulah manusia yang paling tewas dalam peluang
kehidupan yang tuhan berikan. Kadang-kadang aku rasa it’s OK aku buat
macam ni. Perjalanan aku terhenti ke satu lembah yang kotor dan busuk.
Aku boleh terus berhenti disitu dan bermastautin selama yg aku suka atau
teruskan perjalanan mencari tempat baru yang lebih teruk atau yang
lebih baik. Segalanya terpulang pada aku. Kerana aku sendiri yang
menentukan perjalanan hidupku.
Masih tiada lagi penamat atau kata putus yang dapat aku buat. Aku
jadi terlalu bodoh hingga terpaksa membiarkan apa yang berlaku didepan
mata aku. Memang aku pernah berjanji dengan Saiful yang kami akan
menjalani hidup masing-masing. Dia dengan hidup dia, dan aku dengan
hidup aku. Tapi masalah kami sekarang, Saiful tuduh aku yang beritahu
mama dia. Aku takde peluang nak menjelaskan apa-apa. Dia pulak tanpa
usul periksa bantai aku cukup-cukup. Sejak semalam aku demam. Mungkin
budak dalam perut ni terkejut.
Jeritan gurauan Kamalia dan Saiful ditingkat atas mematikan lamunan aku. Aku cuma mampu mendengar.
Ade ketukan dipintu. Mak mertua dan bapak mertua aku datang nak melawat aku. Alamak!
Bayangkanlah muka terkejut beruk mak mertua aku bila dengar suara
gurauan mesra Kamalia. Aku tak terkata apa. Mak mertua aku naik kat
atas. Aku kejar dia. Dia tendang pintu bilik aku tapi tak terbukak pun
hahaha… Suara Kamalia hilang. Saiful bukak pintu. Dia ternganga. Kamalia
separuh bogel, belum tanggal spender dan bra lagi. Keadaan katil
bersepah-sepah. Bantal berada dilantai. Mungkin mereka bergurau senda
main baling-baling bantal dan berkejaran didalam bilik. Mak mertua aku
tempeleng muka Saiful. Aku dapat tengok wajah ketakutan Kamalia.
“mama tak penah ajar Epul macam ni” mak mertua aku mula nak menangis.
“kenapa Epul buat macam ni?” mak mertua aku separuh histeria.
Akhirnya mereka buat keputusan duduk berbincang. Mak mertua aku cuba
selesaikan semua ni dengan baik. Tapi dia masih lagi maki hamun Kamalia.
Minah tu diam je. Mak mertua aku buat keputusan paling sial! Dia suruh
Saiful kahwin dengan Kamalia, jangan buat maksiat lagi.
What???
Mak mertua aku pujuk aku. Aku tak sure perasaan sebenar aku. Aku
bukan cemburu tapi aku rase tak best! Macam sial! Tapi aku ada terfikir
sesuatu. CERAI! Tapi aku belum suarakan pada sesiapa. Sebab tujuan utama
aku berkahwin adalah untuk melindungi anak ni. Supaya anak ni ada
bapak. So, kalau aku bercerai sekarang, takde maknanya. Lagipun aku
mesti rujuk pada jabatan agama sebab benda-benda camni takleh ambik
ringan. Aku perlu tau hak aku. Apa aku boleh buat dan apa aku tak boleh
buat. Tapi tentang keputusan mak mertua aku tu memang mengejutkan aku.
Aku boleh pilih bermadu atau bercerai.
Kami berbincang sampai pukul 5 pagi. Perbincangan tu banyak kepada
bebelan terhadap perbuatan Saiful dan Kamalia. Aku tak kuasa nak join
meeting bodoh ni tapi aku tak boleh tunjuk yang aku takkisah sangat.
Cuma yang peliknya aku tak boleh nangis. Aku mesti nangis depan mak
mertua aku tapi airmata aku tak kuar la plak. Cisss!!!