Friday, June 23, 2006

Kepulangan Saiful Dan Hutang Zack

Hari ini Saiful pulang. Lepas tinggalkan Zack dengan Ann kat Pan Pac KLIA sabtu lepas, aku terus hilangkan diri hingga ke hari ini.
Aku habiskan masa sendirian dirumah. cuma 2 hari lepas aku ajak Shima jalan-jalan ke Amcorp Mall. Window shopping dan makan-makan. Ini kali pertama kami keluar bersama. Sebelum ni kami tak rapat sangat dan hanya bertemu kat rumah sekali sekala masa aku duduk kat Brunsfield sebelum kahwin. Itupun sebab aku terdesak sangat boring takde kawan dan tiba-tiba teringat Shima.
Pagi ni, bila aku on handphone aku, ada 72 missedcalls dan 9 sms dari Zack. Aku abaikan semua tu. Pastinya kehilangan aku selama 3-4 hari ini menjadi tanda tanya kepada Zack. Aku hanya berikan ruang pada Zack untuk bersama Ann. Dan aku tak nak dia simpan harapan apa-apa pada aku kerana aku isteri orang dan aku Cuma nak berseronok dan saja suka-suka. Aku takde niat nak serious dengan Zack. Aku Cuma tertarik dnegan dia tapi bukan untuk bercinta sebagai pasangan kekasih. Dan satu lagi, aku belum bersedia nak bayar hutang Zack iaitu menjelaskan tentang status diri dan kandungan ni. Aku malas!
Zack call aku mase aku dengan Shima tengah minum petang. Aku jawab panggilan dia seolah-olah takde ape yg berlaku. Dia nak jumpa aku. Aku beritahu dia suami aku akan balik hari ni dan aku akan jumpa dia bila ada masa yang sesuai. Zack memujuk aku dan kelihatan sangat terdesak.
“please la Meen, i perlukan sangat penjelasan u, i mesti tau sape u yang sebenar” suara Zack kedengaran merayu.
Aku diam. Tarik nafas. Adakah aku dah menipu Zack? Adakah perbuatan aku salah? Zack tak pernah tanya dan aku tak pernah cuba nak bagitau dia.
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Zack nak tau sapa aku yang sebenar!!!
Baiklah!
Aku akan bagitau!
Aku mintak izin Saiful untuk balik kampung, jumpa mak aku kat Kuantan. Saiful izinkan dan dia nak hantar aku balik kampung, aku menolak sebab aku ada rancangan lain.
Tapi Saiful berkeras dan aku mengalah.