Kami tiba di Former Kai Tak Airport, Kawloon City jam 2 petang.
Bandar itu terlalu asing bagi kami. Aku tak penah sampai Hongkong,
begitu juga Zack.
Kami menginap disebuah hotel di Kansu Street. Kami menaiki MTR (kalo
kat KL panggil LRT) dan berhenti di Yau Ma Tei Station. Berjalan
disepanjang Nathan Road tak rase meletihkan sebab kat situ ada bazaar
bernama Jade Market sepanjang 2km. Gile! Aku dah jalan sejauh 2km
rupanya.
Cuaca tak terlalu sejuk. Ala-ala dalam aircon je tapi baju sejuk
diperlukan sebab cuaca sejuk ditambah dengan tiupan angin memang boleh
menggigil.
Kami ambik bilik hotel yang mempunyai 2 katil berasingan. Malam tu
kami makan ikan bakar sebab tu je makanan yg tak payah sembilih. Makanan
ruji disini dah tentulah nasi putih dan babi. Tak kira babi panggang,
babi goreng, atau sup babi, pendek kata babi merata-rata. Ada jugak
sayur-sayuran dan penduduk sini memang takleh kalo tak makan sayur, tapi
cara masak sayur tu la yg buat aku takleh makan sayur sebab kebanyakkan
masakan berkuah, dorang akan letak arak untuk tambah sodap! Sodap la
sangat!
Malam tu kami borak panjang dalam bilik. Disebabkan aku dah jalan
sejauh 2km nak ke hotel tadi, maka aku kepenatan dan malas nak keluar
walaupun suasana malam kat Kowloon city memang meriah dan havoc gile.
Esok jelah, hari ni tak larat! Ni semua driver taxi tu punye pasal la,
aku nak duduk hotel yang dekat dengan tempat membeli belah, dia pun
bagitau aku yang Yau Ma Tei adalah syurga membeli belah kat Kowloon ni.
Maka aku tak jadi naik taxi dan ikut cadangan driver taxi tu supaya
ambik MTR.
Jauh gile, dari airport, taxi hantar kat Kowloon Bay Station, aku
nampak Star Cruises dari dalam MTR kat The Ocean Terminal. Terminar tu
kat Harbour City, aku akan kesana nanti sebab aku ade nampak satu
shopping kompleks besar kaler pink kat situ tapi aku tak tau lagi camne
nak pegi sebab nampaknye jauh dari station tu. Nantilah aku tanye budak
hotel.
Pastu macam-macam tempat MTR berhenti dekat 9 station baru sampai Yau
Ma Tei station kalo tak silap pengiraan aku la. Kami teruja dengan
suasana di Hongkong ni sampai terlupa tentang masalah kami kejap.
Malam tu aku terus terang kat Zack yang aku ni isteri orang. Dan aku
memang mengandung dan aku jugak cakap anak ni bukan anak suami aku.
Takde la aku cerita dari A to Z. Cukuplah sekadar aku cerita
sikit-sikit.
Zack kata dia dah suka kat aku. Dia nak pitam bila dengar aku cakap
yg aku dah kahwin dan sedang mengandung kat Ann hari tu. Oh ye, cakap
pasal Ann, isnin lepas dia dah balik Japan dan lepas tu Zack balik naik
cab ke Damansara Indah sebab call aku tak dapat hehehe…
Ann ingat aku merajuk sebab tak muncul-muncul lagi lepas tu dan Zack
pun dah terus terang kat Ann yang dia suka kat aku. Takde maknenye! Aku
dah kahwin, bukan boleh kahwin dua pun hehehe…
Anyway, Ann sebenarnya dalam dilema, disaat dia sedang belajar untuk
menjadi wanita sejati, dia jatuh cinta pada suami orang selepas membawa
hati bila Zack hilangkan diri masa kantoi kes lesbi dia ngan Claudia
dulu.
Skarang ni cinta terlarang Ann takde kesudahan. Suami orang tu anak dah
3, khabarnya menyintai Ann tapi masih takde kata putus tentang hubungan
diorang. Lelaki tu tak berani nak beritahu keluarga dia apalagi bini
dia. Dan Ann masih terus sabar menanti dan menanti.
Susah jugak, lelaki japanese bukan macam kita, boleh kahwin sampai 4.
kat negara jepun tak dibenarkan berpoligami. Dan bayangkan lelaki tu
terpaksa menukar agama dan tinggalkan terus anak dan isterinya kalau dia
memilih Ann. Tak kan Ann pulak yang nak tukar agama, nauzubilah!
Dan malam tu Zack mintak penjelasan tentang hubungan kami. Zack kata
dia tak kisah dan bersedia ambik risiko bercinta dengan aku secara
serious sebab dia betul-betul sukakan aku. Nak tau jawapan aku?
Bersambung…