Thursday, June 8, 2006

Kisah Kebosanan

Sejak 2-3 hari ni mood aku terhadap Saiful makin tak menentu. Aku terus berpura-pura seolah-olah tak ada apa yg berlaku. Kesetiaan bukanlah perjanjian dalam perkahwinan kami. Malah kami berkahwin bukan kerana rasa cinta. Kami projek pun bukan kerana keikhlasan atau tanggungjawab batin antara satu sama lain. Dia menikahi aku kerana kasihan dan rasa bersalah. Dan aku menerima dia kerana nak tutup malu dan lindungi kandungan ni. Itu saja.
Sikit pun aku tak menyesal dengan keadaan keluarga yg tonggang terbalik aku ni. Bagi aku, aku dah tak boleh berpatah balik lagi. Kalaupu8n aku kembali kepangkal jalan, kembalikah semula dara aku? Kembalikah semula kesucian aku? Hahaha… bullshit! Entah apa yg aku merepek sekarang ni. Bodoh! Jiwa aku sedang dilanda konflik. Aku bukan me’lantak’kan apa yg telah berlaku atau tidak berusaha untuk berubah. Aku merasakan segala penyesalan dan perubahan tak ada gunanya. Penyesalan tak kan dapat mengubah sejarah? Jadi untuk apa aku berubah? Tunggu saja masanya apabila aku disoal mungkar dan nangkir, disebat dan dibelit ular besar, dimamah ulat dan kala jengking dan segala apa binatang berbisa. Tunggu saja apabila aku terbakar dek api neraka nanti. Hanya itu yg tinggal. Bagi aku, takde lagi harapan untuk aku Pegi mampus dengan semua tu.
“i kene pegi Johor Bahru seminggu. Maybe tak sampai seminggu, ade ape-ape pesan untuk Aie?” aku tersentak! Pesanan untuk Aie? Bukankah dia berurusan dengan bos Aie? Kenapa Aie pulak yang dia sebut.
“takde ape, kem salam je” aku acuh tak acuh buat macam takde ape-ape. Sebenarnya dada aku berdebar.
“kem salam sayang?” Saiful senyum.
Debaran aku makin bertambah kencang. Ape ni?
“sikit” aku senyum mengusik. Sebenarnya aku gabra. Dia dah tau ke hubungan aku ngan Aie sampai tahap mana?
“sikit je? Kedekutnye…” Saiful senyum, tapi dia tak pandang aku.
Aku diam. Malas nak cakap banyak, takut tersalah cakap. Mana tau dia cuma nak korek ke…
Dalam masa yang sama aku mula tersenyum dalam hati. Seminggu? Seminggu untuk bersama Van Zakri dah cukup baik. Bagaikan mengantuk disorong bantal.
Hari ni aku tergedik-gedik kegembiraan, tak sabar nak tunggu esok. Sejak pertemuan di The Curve, kami hanya ber’sms’ je.
Skarang aku ade problem baru. Perut aku mula rasa gatal-gatal kat bahagian pinggang. Jeans aku dah tak muat. Rasa tak selesa sebab terlalu ketat. Kat bahagian peha pun terasa sendat. Aku Cuma boleh pakai beberapa skirt je. Kebanyakkan yg lain dah rasa tak selesa kat bahagian perut. Dan sesekali aku membelek perut aku yg makin membesar ni. Walaupun tak ketara sangat tapi aku dapat rasakan sebab seluar dan skirt aku banyak yg aku rase tak selesa bila memakainya. Ada 6 bulan lagi untuk aku lalui kebosanan ni. Dan perut aku makin lama, makin membesar nanti. Ah! Bencinya!!!