Saturday, June 17, 2006

Saiful Dan Van Zakri

Sejak Saiful pegi, dia langsung tak call aku. Mula-mula aku tak la kisah sangat sebab aku sibuk dengan Zack. Tapi hari ni hari ke 4 dia pegi tapi takde sebarang khabar berita.
Hari ni aku keluar dengan Zack lagi. Aku dah bosan asyik pegi The Curve je, jadi aku rase baik aku yg ambik dia kat umah dia, pastu aku leh ajak dia gi tempat lain. Hari ni kami jalan-jalan kat KL. Pusing-pusing bodo je. Takde tujuan. Akhirnya kami lunch kat bukit bintang.
Telefon bimbit Zack berbunyi.
“what????” Zack separuh menjerit. Aku terkejut tapi mendiamkan diri.
“nape?” aku tanye Zack sebaik saje dia mematikan talian.
“Errr girlfriend i” jawab Zack gugup.
“oh dah ade girlfriend…” aku senyum tawar.
“Errr actually kami kawan baik, tapi baru-baru ni dia cakap dia suka kat i, i tak sampai hati nak tolak, i takut kalau i tolak…”
Hmmm… aku senyum. Dan pancung kata-kata dia.
“dia nak ape?” aku malas nak dengar cerita panjang dia.
“dia kat Nagoya” Zack bersuara tersekat-sekat.
“Japan?”
Zack angguk.
“dia nak ke Australia, transit kat KLIA, nak jumpe i” Zack pandang aku.
“ohhh… so ape masalahnye?” aku pandang Zack jugak.
Zack diam jugak.
“u tak kisah?” Zack tanye aku.
“i?” aku tercengang.
“kenapa i nak kisah?” aku hirup ice lemon tea sikit.
Ermmm masam…
“look… i tau, u pun tau… u suka kat i kan?” Zack pegang tangan aku.
Hah?
Aku tarik tangan aku dari genggaman Zack.
“i suka kat u?” aku memandang Zack dengan sinis.
“come on Yasmeen, kalau tak, tak kan i izinkan i sentuh u” Zack pandang tepat ke anak mata aku.
Aku tarik nafas panjang.
“Zack… actually…” aku tarik nafas lagi sebelum menyambung bicara.
“bukan u sorang je yg dah sentuh i” Zack tercengang dengan kata-kata aku. Aku ketawa. Zack masih lagi terkebil-kebil.
Aku gelabah kejap. Handphone aku berbunyi. Saiful!
“Abang…”
“i kat kat kedai, tengah makan”
“hmmm? Tak jadi balik?”
“hmmmm…”
aku angguk-angguk.
“nanti ape-ape bagitaulah, jangan hilang tiba-tiba…” aku buat suara manja. Yucks!
“rindu tu jatuh no.2, mama tanya i nak cakap ape, tak logiklah kalau i jawab tak tau kan…”
Selepas beberapa minit berbual. Aku kembali menarik nafas panjang.
Boleh teka apa Saiful cakap?
Meeting dia ditunda ke minggu depan, ada perbincangan lain sepanjang cuti tahun baru cina. Boleh percaya? Hahaha… biarlah, mungkin dia sebenarnya dengan Kamalia atau pompuan lain ke, lantak la.
“abang u?” Zack bertanya.
“hMmmm…” aku angguk.
“manjanya…” Zack senyum.
“manja ke? Kami macam anjing dengan kucing” aku cuba ubah topik dan terus teringat pasal awek Zack tadi.
“so bila awek u tu nak jumpa u?”
Zack berhenti tersenyum bila dengar soalan aku.
“Lusa” Zack diam. Aku pun diam.
Sepanjang perjalanan pulang, dalam kereta Zack cuba menjelaskan tentang awek dia walaupun aku tak kisah sangat. Aku tak pasti dengan riak wajah sendiri tapi aku yakin aku takde rasa kecewa atau hampa bila dapat tau dia ada awek.
Kata Zack, awek dia tu (Ann) seorang gadis bercitarasa tinggi. Anak seorang kenamaan (tak boleh sebut nama), educated, cantik, bergaya, moden, sexy dll. Mereka study sama-sama kat Holland. Disebabkan kat sana tak ramai sangat orang melayu, so Ann dan Zack senang berkawan. Pada mulanya mereka memanglah kawan baik sehinggalah satu masa Ann meluahkan rasa.
Entah kenapa Zack susah nak terima dia. Zack kata dia sayang Ann macam adik dia. Dia jaga keselamatan Ann, tak ambik kesempatan keatas Ann dan dia ambik tau dengan sapa Ann kawan, dengan sapa Ann keluar sebab dia betul-betul sayangkan i mcm sayang darah daging sendiri.
Ann seorang gadis yang pandai berdikari, bijak dan ada ciri-ciri kepimpinan yang tinggi tapi dalam masa yang sama dia manja dan sensitif. Maklumlah sejak kecik, keluarganya bagi ape je yg dia nak, tiada perkataan SUSAH atau TIDAK dalam kamus hidup Ann. Kehidupannya begitu sempurna. Dia ditatang bagai minyak yg penuh.
Korang semua tertarik dengan gadis ini? Aku sendiri teringin nak jumpa Ann. Apa yg Zack cerita tentang Ann memang menarik perhatian aku. Aku menggambarkan Ann adalah seorang gadi elegan yg hebat, mungkin setaraf Paris Hilton. Kaya dan ternama. Cuma yg aku tak faham, apelah yg susah sangat untuk menerima cinta gadis yg memang dia dah sayang, menjaga kehormatan dan menghormati gadis itu ibarat seorang abang menjaga adik kandungnya.
Bersambung…